Radar APG-63 dan APG-70

AN/APG-63 dan AN/APG-70 merupakan satu keluarga sistem radar multi-mod untuk semua keadaan cuaca yan direka oleh Hughes Aircraft (kini Raytheon) untuk pesawat penguasaan udara F-15 Eagle. Sistem radar denyutan-Doppler band-X telah direka untuk kegunaan dalam misi udara ke udara dan udara ke darat; ia mampu mengesan sasaran tinggi di udara dan sasaran terbang rendah tanpa dikelirukan oleh klutter darat. Sistem ini juga mampu mengesan dan menjejak pesawat dan sasaran kecil berkelajuan tinggi pada jarak melangkaui visual hingga jarat dekat, dan pada altitud pada aras puncak pokok. Radar akan menyuap maklumat sasaran kepada komputer pusat pesawat untuk dimusnahkan oleh persenjataan yang dibawanya. Bagi pertempuran udara jarak dekat, radar mengesan pesawat musuh secara automatik dan menghantar maklumat ini ke paparan kokpit.